Difahamkan dari laporan mStar, ‘orang ketiga’ yang menjadi punca keretakan rumah tangga penyanyi, Datuk Nora Ariffin dan suami, Dr Rushdi Ramli sudah pun terjawab.
“Orang ketiga bukan isteri pertama tapi..”
Menurut peguam Dr Rushdi iaitu Azmi Mohd Rais, pihak yang dimaksudkan oleh Nora sebelum ini bukanlah isteri pertama, tetapi salah seorang anak tirinya.
Kami ingatkan orang tersebut adalah isteri pertama, rupanya anak kepada isteri pertama. Kami akan syorkan untuk panggil anak tiri tersebut untuk hadir bersama hakam mahkamah yang akan dilantik. Sekiranya ada sesi bermaaf-maafan, insya-Allah plantif boleh tarik kes.
Dalam pada itu, sewaktu ditemubual oleh pihak media, Dr Rushdi berkata dia mahu menyelamatkan rumah tangga bersama penyanyi berkenaan.
View this post on Instagram
Akan sedaya upaya selamatkan rumah tangga bersama Nora
Sehingga hari ini dia masih isteri saya dan saya akan lindungi perkahwinan saya. Saya akan cari pendamaian tentang salah faham yang masih berlaku. Masih tekad untuk selamatkan.
Nora pula berkata dia boleh membuat perkara tersebut tetapi punca kepada masalah itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Sekadar info, pada hujung 2021, Nora mengesahkan dirinya sudah pun berkahwin dengan Dr Rushdi.