“Ingatkan Menteri Baru”- Netizen Puji Penampilan Rina Harun Yang Makin Langsing Dan Berseri

Trending

“Ingatkan Menteri Baru”- Netizen Puji Penampilan Rina Harun Yang Makin Langsing Dan Berseri

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun baru-baru ini mencuri tumpuan ramai orang apabila tampil dengan imej baru yang langsing, cantik dan lebih bergaya.

Perkongsian di laman sosial terkini memaparkan transformasi menteri itu yang kelihatan lebih berkarisma dan lebih muda.

Advertisement

Rata-rata netizen yang melihat turut memuji dan terkejut dengan pembaharuan yang dilakukan Rina sepanjang tempoh dua tahun.

Menteri yang berusia 47 tahun itu menjadi inspirasi ramai apabila ada yang bertanya mengenai tips beliau menguruskan badan. Ada juga yang berceloteh mengenai penampilan yang lebih cantik diletak dalam kad raya. Macam-macam..

“Cantik pulak tengok Rina Harun ni dah slim. Automatik nampak muda” – Netizen

Kata seorang netizen, menteri itu sudah lama lose weight tetapi kali ini lebih ketara dan cantik sekali. Tidak kurang juga yang menunjukkan proses transformasi wanita bekerjaya itu.

Wah, makin ramailah yang akan peka dengan perkembangan semasa yang disampaikan menteri ini nanti. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi buat pejuang di luar sana yang ingin mendapatkan berat badan ideal ya..

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...