Pada tahun 2001, Malaysia digemparkan dengan sebuah ajaran sesat dinamakan ‘Kerajaan Langit’.
Ajaran ini berpusat di Besut, Terengganu. Rumah ibadat agama ini dikelilingi pelbagai replika seperti teko, tempayan, payung dan bulan sabit.
Kerajaan Langit
Pada tahun 2002, pengikut kepada ajaran ‘Kerajaan Langit’ mula mencecah ribuan orang.
Kerajaan Langit ialah sebuah kumpulan agama yang diasaskan oleh Ariffin Mohamad (1941-2016) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.
Gelar diri wakil tuhan
Ayah Pin mendakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan langit dan dipercayai oleh pengikutnya untuk menjadi penjelmaan semula Jesus, Buddha, Shiva, dan Muhammad.
Oleh kerana itu, beliau berjaya mempengaruhi ramai orang sehingga dipuja seperti tuhan.
Kisah Ayah Pin
Sebelum ini Ayah Pin adalah seorang penjual petai, memiliki hobi sabung ayam dan membela burung tekukur.
Selepas anak perempuannya berkahwin dengan seorang pengasas ajaran sesat di Kelantan, Hassan Anak Rimau, Ayah Pin menjadi pengikutnya.
Dari situ wujudlah ajaran Kerajaan Langit yang juga memiliki zikir dalam gelap seperti ajaran Hassan Anak Rimau.
Ayah Pin juga dipercayai mengamalkan sihir sehingga boleh membuat orang tunduk kepadanya.
Meninggal dunia
Ayah Pin telah meninggal dunia pada 22 April 2016, ketika berusia 74 tahun kerana sakit tua.
Walaupun beliau sudah tiada, tetapi saki baki pengikutnya masih lagi ada sehingga hari ini dan mengamalkan ajarannya.
Pendapat pengikutnya
Menurut seorang pengamalnya, beliau masih mengamalkan agama ini.
Naik atas jumpa Ayah Pin di istana
Saya beramal kemudian masuk di alam sebalik mata, ia dinamakan Alam Bazrah, alam sebalik mata.
Saya melalui Madinah, kemudian pergi ke Mekah, dari Mekah saya naik ke atas dan bertemu sendiri dengan Ayah Pin di istana dia.
“Jadi Ayah Pin ini adalah tuhan bagi saya.
Kebesaran Ayah Pin
Bukan itu sahaja seorang lagi pengamal juga memberitahu melihat Ayah Pin.
Saya duduk atas bukit ini saya lihat satu Ayah Pin ni duduk kakinya terletak di bawah bukit. Kemudian saya ada atas bukit, sedangkan saya mendongak dia tinggi lagi daripada bukit.
Itulah kelebihan, kebesaran dan ketinggiannya.
Tetap pendirian ikut ajaran ini
Menurut Kamariah Ali, lepas universiti Al-Azhar, Mesir, Jabatan agama suruh saya solat, saya tidak mahu solat.
Dia paksa saya mengucap, saya tidak mahu mengucap. Saya tetap dengan pendirian saya ikut Ayah Pin. Hanya saya berserah, bergantung kepada Allah sahaja.
Tambah mereka, sekarang ada kerajaan langit yang baru. Ajaran Kerajaan Langit tidak ubah seperti agama baru yang wujud dan berkembang di serata dunia hari ini.
Hampir 11 tahun beroperasi di Malaysia, ajaran sesat ini berjaya dikesan oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Kawasan Kerajaan Langit sudah dimusnahkan.
Banyak lagi ajaran sesat di dunia ini yang kita tidak tahu. Jadi berhati-hatilah, inilah cabaran akidah akhir zaman.
Sumber: Facebook