“Ingatkan Kawan, Dia Datang Terus Rodok Abang Saya” – Lelaki Maut Ditikam Depan Rumah Ketika Berbual

Hiburan

“Ingatkan Kawan, Dia Datang Terus Rodok Abang Saya” – Lelaki Maut Ditikam Depan Rumah Ketika Berbual

Dalam satu kejadian yang berlaku di Senawang, Seremban kelmarin, seorang lelaki berusia 28 tahun, Muhammad Amirul Rasyid maut dibunuh di hadapan rumah keluarganya.

Tengah berbual dengan abang di luar rumah

Adik mangsa, Muhammad Amirul Hakim Mohd Nizar, 27, berkongsi detik di mana dia sendiri menyaksikan sendiri abangnya ditikam sehingga maut di depan mata.

Advertisement

Katanya, ketika kejadian itu berlaku dia dan abangnya sedang berbual di luar rumah sebelum didatangi lelaki berkenaan yang baru turun dari sebuah kereta.

Saya nampak kereta Toyota Vios berhenti tidak jauh dari rumah, seorang lelaki keluar dengan kedua-dua tangannya di belakang badan.

lelaki maut ditikam depan rumah

lelaki maut ditikam depan rumah

Ingatkan kawan abang rupanya pembunuh

Dalam kekalutan itu, Amirul Hakim terus menjerit memanggil bapa mereka di dalam rumah dan jiran yang mendengar kekecohan turut membantu.

Saya fikir dia mungkin kawan arwah, tetapi tiba-tiba dia terus menikam dada abang. Saya terus memegang (dan menahan) lelaki itu dan memanggil ayah.

Saya baringkan arwah di riba saya. Suspek sempat melepaskan diri dan berlari, namun jiran yang mendengar kekecohan berjaya menangkapnya tidak jauh dari rumah.

lelaki maut ditikam depan rumahSumber : Ahmad Hasbi/NSTP 

Baru bertunang, suspek kenal arwah

Tambah Amirul Hakim, arwah baru bertunang dua minggu lalu dan merancang untuk berkahwin tahun ini malah sebelum kejadian dia bercadang keluar membeli barang hantaran.

Difahamkan, perselisihan faham yang mengaitkan Muhammad Amirul Hakim dengan masalah rumah tangga suspek menjadi punca pembunuhan itu berlaku namun waris menafikan spekulasi itu.

Itu masalah lelaki itu dengan isterinya, tidak membabitkan arwah langsung. Semua cerita yang tersebar itu tidak betul.

Jenazah Muhammad Amirul Rasyid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che DinSumber : NST 

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

Kata Mohamad Hatta, motif kejadian masih dalam siasatan, namun berdasarkan siasatan awal mendapati ia berlaku akibat cemburu.

Suspek direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari hingga 18 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki pukul dan ugut tikam anak tiri
2025-07-28 14:20:35

Lelaki Pukul & Ugut Tikam Anak Tiri Usia 15 Tahun Kerana Tidak ‘Restu’ Perkahwinan Dengan Ibunya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...