Terkini, tular di laman Facebook mengenai seorang peniaga wanita di sebuah kedai roti bakeri di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran tersebut, peniaga wanita itu dilhat tampil dengan pakaian seksi ketika sedang bekerja di kedai tersebut.
Difahamkan, peniaga wanita itu gagal mencari pekerjaan selepas menamatkan pelajaran dan mengambil keputusan untuk mengusahakan perniagaan bakeri itu.
Bukan itu sahaja, peniaga wanita itu berkata keputusannya adalah pilihan yang tepat kerana perniagaannya kini semakin mendapat sambutan orang ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan perniagaan wanita itu mendapat sambutan dan tular hanya kerana penampilannya yang mencolok mata.
Malah, ada juga sesetengah pihak yang menyamakan penampilan seksi wanita itu dengan peniaga di Thailand.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.