“Ingatkan Dia Ni Artis Yang Jaga Batas” – Berdiri Rapat & Seronok Tepuk ‘High Five’ Dengan Lelaki, Hawa Rizwana Ditegur

Hiburan

“Ingatkan Dia Ni Artis Yang Jaga Batas” – Berdiri Rapat & Seronok Tepuk ‘High Five’ Dengan Lelaki, Hawa Rizwana Ditegur

Saban hari, ada sahaja nama selebriti wanita yang berhijab menjadi bualan sama ada kerana tidak menutup aurat dengan betul atau melakukan sesuatu yang terang-terangan dilarang dalam agama Islam.

Sebagai contoh, sudah tentulah selebriti wanita akan menerima kritikan jika dilihat bersentuhan dengan artis lelaki yang tiada ikatan sah dengan mereka.

Advertisement

sharifah rose salam
1 year ago

"Saya Sambut Sebab Dia Hulur" - Tak Nak Jadi 'Rude' & Tanda Hormat, Sharifah Rose Jawab Isu Salam Pelakon Lelaki Thailand

Hawa Rizwana juga tidak terlepas daripada dikritik warganet selepas dia dilihat menyentuh tangan seorang lelaki di dalam satu video yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Berdasarkan video itu, Hawa bersama penyanyi dan pencipta lagu, Sid Murshid merakamkan moment mereka menyediakan bahan dan memasak nasi goreng dan beberapa jenis lauk.

Bagaimanapun, aksi mereka berdua bertepuk tangan melakukan high five meraih perhatian serta mengundang rasa kurang senang segelintir individu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sid Murshid (@sid_murshid)

Menerusi ruangan komen, beberapa orang warganet menegur Hawa kerana tidak menjaga batasnya apatah lagi dia membawa imej selebriti wanita bertudung.

Diharapkan menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang public figure, ada yang turut meluahkan rasa kecewa selepas melihat aksi Hawa bertepuk tangan dengan Sid Murshid itu.

 Ingatkan Hawa ini salah seorang artis yang menjaga batas. Hmm kecewa sis.”

komen2 komen1 komen3

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...