Saban hari, ada sahaja nama selebriti wanita yang berhijab menjadi bualan sama ada kerana tidak menutup aurat dengan betul atau melakukan sesuatu yang terang-terangan dilarang dalam agama Islam.
Sebagai contoh, sudah tentulah selebriti wanita akan menerima kritikan jika dilihat bersentuhan dengan artis lelaki yang tiada ikatan sah dengan mereka.
Hawa Rizwana juga tidak terlepas daripada dikritik warganet selepas dia dilihat menyentuh tangan seorang lelaki di dalam satu video yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.
Berdasarkan video itu, Hawa bersama penyanyi dan pencipta lagu, Sid Murshid merakamkan moment mereka menyediakan bahan dan memasak nasi goreng dan beberapa jenis lauk.
Bagaimanapun, aksi mereka berdua bertepuk tangan melakukan high five meraih perhatian serta mengundang rasa kurang senang segelintir individu.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, beberapa orang warganet menegur Hawa kerana tidak menjaga batasnya apatah lagi dia membawa imej selebriti wanita bertudung.
Diharapkan menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang public figure, ada yang turut meluahkan rasa kecewa selepas melihat aksi Hawa bertepuk tangan dengan Sid Murshid itu.
Ingatkan Hawa ini salah seorang artis yang menjaga batas. Hmm kecewa sis.”