“Ingatkan Bibik Dia..” – Kongsi Gambar Bersama Ibu, Anna Jobling Kecewa Netizen Komen ‘Buruk’

Hiburan

“Ingatkan Bibik Dia..” – Kongsi Gambar Bersama Ibu, Anna Jobling Kecewa Netizen Komen ‘Buruk’

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan pelakon berdarah campuran, Anna Jobling bersama ibu kandungnya telah mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa keping gambar Anna bersama ibu namun sepertinya ramai yang tidak menyangka bahawa wanita itu merupakan ibu kandungnya.

Advertisement

Malah, ramai juga yang mengatakan bahawa kecantikan dimiliki Anna mengikut genetik bapa hasil daripada perkahwinan campur kedua ibu bapanya.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu bagaimanapun mendapat komen negatif apabila ada segelintir netizen yang menjangka bahawa wanita di dalam gambar itu merupakan seorang pembantu rumah ataupun bibik.

Lebih mengecewakan, ada juga yang mendakwa pelakon Melur Untuk Firdaus itu merupakan anak angkat kerana tidak memiliki wajah seiras ibunya.

Tampil mengulas mengenai komen-komen buruk yang dilemparkan kepada ibunya, Anna berasa pelik kerana ibunya langsung tidak pernah mengusik dan mengendahkan hal orang lain namun menjadi sasaran golongan pembuli siber.

Kenapa perlu hina mak orang sampai macam tu? Can you respect my family?

Menurut pelakon berusia 22 tahun itu, dia bersyukur kerana ibunya seorang yang kuat dan sentiasa positif walaupun menerima banyak kritikan dan komen yang bururk.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Buat Malu Saja.." - Gelaran Datuk Seri Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...