“Ingatkan Anak Putih Gebu Tapi Ni..” – Lelaki Mualaf Kesal Anak Dihina Sebab Ikut Keturunan Isteri

Kehidupan

“Ingatkan Anak Putih Gebu Tapi Ni..” – Lelaki Mualaf Kesal Anak Dihina Sebab Ikut Keturunan Isteri

Sejak kebelakangan ini, topik mengenai Neelofa tidak mahu mendedahkan wajah anak lelakinya iaitu Muhammad Bilal menjadi perbualan hangat di kalangan warganet.

Namun setelah 10 bulan, bekas pengacara MeleTOP itu terbuka hati untuk mendedahkan wajah Bilal kepada umum menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Advertisement

Neelofa memberitahu dia serta suami, PU Riz mempunyai alasan tersendiri enggan menunjuk wajah anak pada mulanya kerana tidak mahu mendapat komen-komen yang tidak enak.

Susulan itu, terdapat seorang bapa di Facebook berkongsikan sebuah kisah mengenai anaknya yang dikutuk kerana tidak mempunyai kulit cerah, memandangkan dia sebagai bapa adalah bangsa Cina dan memahami situasi Neelofa sorokkan wajah anak.

Menurut lelaki terbabit yang dikenali sebagai Adam itu, terdapat beberapa wajah individu yang melawat isteri selepas bersalin berubah setelah melihat bayi mereka.

Adam berkongsikan pengalaman berdepan dengan beberapa individu yang kurang sensitif apabila berkunjung ke rumahnya.

Hmm..ingatkan anak Cina ni putih gebu. Hitam ikut mak dia.

Jelas sekali kata-kata yang dilontarkan oleh individu membuat isteri berasa sentap hingga terlintas di fikirannya untuk membesarkan anak mereka seorang diri kerana warna kulit anak mengikut warna kulitnya.

Dalam pada masa yang sama, lelaki berkenaan turut menegaskan perkara-perkara berkaitan dengan anak sememangnya satu hal yang sensitif dan tidak boleh dipertikaikan.

Athisha khan bersuara isu muka Bilal tersebar
2 years ago

"Jahat Sungguh Ore Ni" - Cuma Mahu Privasi, Athisha Khan Berang Ramai Tak Hormat Keputusan Neelofa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...