Sedia maklum, kini seluruh dunia bersatu untuk memboikot produk yang berkaitan dengan negara Israel susulan tidak berhati perut mengambil nyawa rakyat Palestin.
‘Promote’ produk Israel!
Baru-baru ini di laman Instagram pelakon Daiyan Trisha, dia ada memuat naik video gembira dapat memiliki sebuah beg berjenama Prada.
Namun begitu, netizen kurang senang dengan hal tersebut susulan Prada merupakan jenama yang memberi sokongan kepada Israel.
View this post on Instagram
Peminat kecewa
Oleh kerana seakan-akan bangga dapat memiliki beg jenama tersebut, peminat kebanyakannya meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Daiyan.
Bahkan, ada juga yang merasakan pelakon itu ‘desperate’ untuk dapatkan duit hingga terpaksa membuat reviu barang yang sokong Israel.