Hari ini Abang Nara nak buat jahat kat anda semua dengan membuatkan anda semua terliur melihat hidangan-hidangan Pizza Hut ini. Confirm pasnie time lunch korang akan pergi makan Pizza Hut punya.
1. Island Supreme Personal Pan Pizza (tengok dia punya keju tue memanggil-memanggil je untuk disuapkan ke dalam mulut)
2. Meatball Bolognaise (tue dia punya sos tue pun dah buat kecur air liur, lazat!!!)
3. Super Supreme Personal Cheesy Lava Stuffed Crust Pizza (ok sila cover air liur anda yang dah meleleh macam gunung berapi tue)
Rasa-rasa cukup ke Abang Nara bakar line korang dengan 3 hidangan yang sememangnya menjadi favourite di Pizza Hut? Takper Abang Nara nak try bakar line dengan cara lain sedikit. Jeng, jeng, jeng!!!
Amik kau promosi WOW Savers 50% Discount untuk favourite dishes anda di Pizza Hut. Tapi sabar dulu, tak habis bakar line lagi nie. Cuba tengok gambar kat bawah pulak.
Walaupun harga dah diberi diskaun 50%, kualitinya tetap dijamin sama. Sedap dan mantap. Dan paling penting, bukan sehari seminggu sahaja diskaun ini diberikan, tetapi daripada hari Isnin sampai Jumaat. Syaratnya mudah sahaja, diskaun ini hanya diberikan untuk dine in di Pizza Hut. Inilah masanya untuk anda menikmati harga durian runtuh sambil Eat, Laugh and Share bersama rakan-rakan di Pizza Hut. Contohnya adalah Audrey FourFeetNine di bawah yang tersenyum riang dapat makan Pizza Hut bersama Abang Nara dan kawan-kawan lain di Pizza Hut Kota Damansara minggu lepas.
Ok citer panjang pun tak guna sebab Abang Nara dah naik menyampah tengok air liur korang yang dah terjejeh macam budak umur 2 bulan. Sebelum kita pergi ke menu Pizza Hut yang ditawarkan, kita layan dulu iklan Pizza Hut Wow Savers 50% Discount ini.
Sebelum Abang Nara sharekan menu yang ditawarkan, ada satu rahsia nak diberitahu. Abang Nara memang suka sangat-sangat lepak Pizza Hut bila time masuk gaji. Sebabnya? Suasana Pizza Hut yang sangat merilekskan, dapat borak-borak ngan member dan family. Tambah-tambah lagi bila dah ada promosi WOW Savers 50% Discount ini, confirm Abang Nara akan makin selalu lepak di sini. Kebanyakan menu favourite Abang Nara semuanya termasuk dalam promosi gila-gila nie.
Nampak tue? Mak aih ~~~ Memang makin kecur air liur dibuatnya. Kenapalah Pizza Hut tak buat promosi nie daripada dulu lagi. Ada ke patut harga Hawaiian Pizza jadi RM4.50 je? Sumpah tak logic. Makan kat kedai mamak pun lagi mahal. 4 ketul WingStreet pulak Cuma RM3.75 je. Memang gila-gila punya murah nie. Nampaknya selagi ada promosi ini memang setiap hari Isnin Abang Nara akan pergi ke Pizza Hut lah. Murah bangat seh ~~
Ok ini full menu Wow Savers 50% Discount untuk tatapan anda.
1. Isnin – Hawaiian Chicken Personal Pizza dan 4pcs Wingstreet Honey BBQ
2. Selasa – Meatball Bolognaise dan Asam Boi Fizz
3. Rabu – Super Supreme Personal Cheesy Lava Stuffed Crust dan Soup of The Day & Garlic Bread
4. Khamis – Island Supreme Personal Pan Pizza dan Tropical Fizz
5. Jumaat – Creamy Carbonara dan Garlic Bread
Abang Nara cadangkan korang semua tulis menu-menu mengikut hari ini dan tampal di meja ofis korang. Kalau nak lagi bagus, hafal siap-siap sekarang. Senang nak bajet nak pergi Pizza Hut hari apa. Abang Nara yakin dan pasti korang ada makanan favourite korang sendiri di Pizza Hut. Inilah masanya untuk menikmati makanan tersebut dengan kualiti yang sama pada harga yang murah separuh.
Perlu diingatkan yang seorang hanya boleh dapat satu menu sahaja untuk promosi 50% diskaun ini. Contoh macam kalau anda pergi seorang pada hari Isnin, anda hanya mendapatkan diskaun untuk Hawaiian Chicken Pizza ataupun WingStreet. Tak boleh dapat dua-dua. Sebab apa Pizza Hut buat macam nie? Sebab Pizza Hut taknak korang jadi foreveralone.
Nak datang Pizza Hut kena bawak member, family, awek, pakwe dan spend masa bersama-sama diorang. Barulah kena dengan tema Pizza Hut yang tak lain tak bukan ialah Eat, Laugh and Share. Tak gitu? Kalau ada antara korang memang jenis foreveralone boleh call atau email Abang Nara untuk ajak makan bersama-sama. Abang Nara bab makan Pizza Hut memang nombor satu!!!
More info di Facebook Pizza Hut Malaysia.