October 22nd, 2020

Usahawan kosmetik dan juga personaliti media sosial, Joy Revfa tampil memberi kata dua mungkin melihatkan ramai selebriti dalam industri seni yang ramai berubah ke arah kebaikan.

Menurut Joy, untuk berubah ke arah hidup yang lebih baik itu senang namun untuk kekal istiqamah atau mengekalkannya bukanlah suatu perkara yang mudah.

Dia yang memuat naik nasihat tersebut di ruangan Instagram miliknya itu turut berkata, setiap perubahan hidup yang dilalui haruslah disusuli dengan semangat dan usaha yang tinggi.

View this post on Instagram

Ingat senang nak Istiqomah..? . ISTIQOMAH tu berat.. . kalau ringan, namanya ISTIREHAT.. ?. . Org berilmu selalu pesan :. . “Jika tidak mampu berlari, maka cubalah berjalan… . . Jika tidak mampu berjalan, maka cubalah merangkak. . . Kena tetap usaha buat, jangan sampai tak buat2.. . . kerana BERUBAH tidak susah, tetapi ISTIQOMAH yang susah..” ? . – Joy Revfa – Who always focused on becoming a better me ?? insyallah

A post shared by Fairytale Dreamer ? (@joyrevfa) on

“Ingat senang nak Istiqomah? ISTIQOMAH itu berat, kalau ringan namanya ISTIREHAT. Orang berilmu selalu pesan, jika tidak mampu berlari, maka cubalah berjalan..jika tidak mampu berjalan, maka cubalah merangkak..Kena tetap usaha buat, jangan sampai tak buat-buat..kerana BERUBAH tidak susah, tetapi istiqomah yang susah..”

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin merupakan seorang pengasas syarikat kosmetik iaitu Merve Kosmetik. Dia yang sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada Mei 2017 kemudiannya bercerai pada bulan Oktober tahun yang sama. Joy juga mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu bersama Dato Ray Imran.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...