Pelakon Ruhainies meluahkan rasa sedih apabila muncul dakwaan yang mengatakan dia bermain kayu tiga di belakang teman lelakinya yang masih menjadi rahsia sehingga kini.
Ujar aktres ini lagi, perkara tersebut merupakan satu fitnah dan ia disebarkan tanpa bukti yang kukuh.
Tiba-tiba story tu keluar dan saya rasa sedih. Siapa? Nama orang tu apa? pun tak tahu. Tak ada bukti dan memang tak logik tuduhan tersebut.
Enggan lagi terpalit dengan kontroversi murahan seperti itu, pelakon drama Hello Mr Perfect ini mengakui sudah penat dengan cerita yang melabelkan dirinya ‘play girl’ dek kerana sering bertukar pasangan.
Malah, Ruhainies mendedahkan dia kini tidak terikat dengan sesiapa dan masih solo.
Kita tak kacau orang tiba-tiba gosip saya dengan orang tu, orang ni..Ingat saya ni apa? Playgirl sangat ke?
Saya penat lah. Mentang-mentang saya single, semua orang mereka nak kenenkan, tapi biarlah benda tu privasi saya dan saya nak fokus untuk karier dan family saja.
Dalam pada itu, Ruhaines sempat menjawab gosip berkaitan kakaknya, Risteena yang didakwa sedang dalam krisis bersama suami, pelakon Isa Khan.
Mereka lovey dovey macam dulu, sama je. Mungkin gaduh-gaduh manja lah kot,tapi mereka tak ada masalah. Alhamdullilah okay dan mereka happy.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.