Ingat Santan, Ingat Kara! Jom Tengok Macam Mana Kara Satukan Rasa Bersama Penghuni Rumah Titian Kaseh Ramadan Ini!

Branded

Ingat Santan, Ingat Kara! Jom Tengok Macam Mana Kara Satukan Rasa Bersama Penghuni Rumah Titian Kaseh Ramadan Ini!

Bila sebut santan, automatik kita akan terfikir jenama Kara betul tak? Mana taknya, jenama ini sudah lama dipercayai dan terpahat dalam hati rakyat Malaysia sejak tahun 1999 lagi tau!

Ingat Santan, Ingat Kara, santan daripada jenama ini juga semestinya telah banyak digunakan dalam inovasi masakan, yang membentuk warisan dan identiti juadah Malaysia pada hari ini.

Bagi meneruskan nilai warisan dan kepercayaan ini, Kara mengadakan program Kara Satukan Rasa, dan baru-baru ini, mereka menziarahi Rumah Titian Kaseh, di mana mereka meluangkan masa bersama 50 orang anak yatim dan 10 orang ibu tunggal di sana.

Nak tahu apa yang mereka lakukan bersama? Jom kami kongsikan.

Chef Ismail Turun Padang Memasak, Barisan Artis Popular Turut Memeriahkan

(Dari kiri) Ketua Editor UtusanTV Metra Syahril Mohamed, cef selebriti Datuk Chef Ismail, Pengarah Kara Marketing Malaysia Susanto, Pengurus Rumah Titian Kaseh Akmal Yusof dan Pengurus Jenama Kara, Shah Rizal menyertai aktiviti simbolik memasak bubur lambuk menggunakan Santan Kara semasa Majlis Pengagihan Bubur Lambuk Kara Satukan Rasa di Rumah Titian Kaseh.

Rumah Titian Kaseh bertukar menjadi ‘rewang’ besar apabila aktiviti memasak bubur lambuk bermula. Paling best, Chef Ismail pun turun padang sekali tau!

Dengan sentuhan air tangan Chef Ismail, tradisi memasak bubur lambuk itu menjadi lebih bermakna dan penuh dengan ilmu warisan.

Penyanyi Iman Troye, Izzue Islam, dan Datin Alyah menghiburkan anak-anak Rumah Titian Kaseh dalam Majlis Pengagihan Bubur Lambuk Kara Satukan Rasa di Titiwangsa.

Haa, selesai saja sesi pengagihan bubur lambuk, penghuni Rumah Titian Kaseh dihiburkan pula oleh barisan selebriti terkenal seperti Iman Troye, Izzue Islam dan Datin Alyah di sebelah petang.

Siap ada persembahan istimewa daripada Iman Troye, yang menyanyikan lagu raya “Kara Satukan Rasa” lagi tau! Terasa sangat vibe Ramadan Raya tu.

Sumbangan Bermakna Bagi Persiapan Raya

(Dari kiri) Pengarah Kara Marketing Malaysia, Susanto, menyampaikan replika cek sumbangan berjumlah RM3,000 kepada Pengurus Rumah Titian Kaseh, Akmal Yusof, semasa Majlis Pengagihan Bubur Lambuk Kara Satukan Rasa di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa.

Dalam pada meluangkan masa bersama penghuni Rumah Titian Kaseh, Kara turut menghulurkan sumbangan bagi meringankan lagi beban persiapan raya penghuni rumah tersebut. Antaranya:

– sumbangan tunai RM3,000 daripada Kara

– bekalan santan Kara selama 3 bulan untuk kegunaan harian

– duit raya untuk anak-anak yatim dan ibu tunggal

Bukan itu saja, rakan kerjasama yang lain juga turut serta memberi sokongan tau di mana UtusanTV menyumbang RM2,000 tunai, manakala Akasa menyumbangkan bahan-bahan memasak berkualiti, dan Dua Kelinci mengedar snek kegemaran ramai, Deka dan TicTac.

Kredit: FB Kesultanan Pahang

Sementara itu, Kara turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, dalam menyediakan bubur lambuk bagi menyemarakkan kedatangan Ramadan menerusi Program Rewang Ramadan.

Kara amat berbesar hati apabila baginda berkenan memilih Krim Kelapa Kara sebagai bahan utama dalam penyediaan bubur lambuk yang diagihkan di tujuh lokasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Peluang ini amat dihargai kerana membolehkan Kara turut serta dalam usaha murni yang mengeratkan hubungan masyarakat melalui tradisi memasak dan berkongsi juadah.

Kara Lebih Daripada Sekadar Santan

Menurut Pengurus Jenama Kara, Encik Shah Rizal, kempen Kara Satukan Rasa ini dianjurkan untuk meraikan bagaimana Kara menjadi sebahagian daripada momen harian rakyat Malaysia, daripada menyediakan juadah berbuka, sambutan Raya, hinggalah momen ‘lepak’ bersama tersayang.

Turut dihidangkan sebagai sebahagian daripada juadah istimewa bagi kanak-kanak dan penghuni Rumah Titian Kaseh adalah resipi-resipi khas Kara Satukan Rasa (dari kiri): Kara Lapis Matcha-Beri, Kara Rendang Gratin, dan Kara Gula Melaka & Mangga Cotta.

Tak dinafikan, bila ada keikhlasan, barulah setiap rasa itu lebih bermakna. Semoga usaha murni ini terus berterusan dan memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus berkongsi rezeki.

Haa, ni Hari Raya menjelang ni, nak masak juadah Raya, jangan lupa, Ingat Santan, Ingat Kara!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...