Setiap perkara yang dilakukan jangan disangka tiada mata-mata yang melihat.
Demikianlah yang dikaitkan dengan seorang lelaki yang tular berhubung rakaman dia mencuri kasut dipercayai berlaku di sebuah kuarters di Putrajaya.
Dalam rakaman yang dikongsikan oleh @putrajayaMY, individu berkenaan mencuri dengan mendedahkan keseluruhan mukanya pada kamera litar tertutup (CCTV) kerana memakai pelitup muka di bahagian dagu.
Hati-hati & waspada warga Putrajaya pic.twitter.com/1d0LpJV3wB
— Putrajayaku (@putrajayaMY) May 24, 2022
Lelaki yang dilihat membawa plastik hitam menghulurkan tangan menerusi pagar besi sebuah kediaman untuk mencuri kasut yang diletakkan di hadapan pintu.
Selain itu, ada juga rakaman lain yang dikongsikan oleh pengguna, menunjukkan individu yang sama dalam pakaian yang sama mencuri kasut di kediaman lain.
Berhubung isu berkenaan, rata-rata netizen mengingatkan supaya penduduk lebih berhati-hati dan ada juga beranggapan lelaki tersebut punca terhadap kehilangan kasut di kuarters tersebut.