“Ingat Nurse Ni Hamba Ke?”, Doktor Tidak Teragak-Agak ‘Sound’ Waris Pesakit Kurang Ajar Dengan Jururawat

Kehidupan

“Ingat Nurse Ni Hamba Ke?”, Doktor Tidak Teragak-Agak ‘Sound’ Waris Pesakit Kurang Ajar Dengan Jururawat

Selain daripada doktor, para jururawat juga merupakan tulang belakang bagi setiap hospital dalam melayan hal ehwal pesakit. Terutamanya dalam situasi penularan wabak COVID-19 seperti sekarang, khidmat mereka sangat penting dalam membantu mengurangkan penularannya.

Baru-baru ini, seorang doktor dikenali sebagai Doktor Samhan berkongsikan kisah seorang jururawat di tempatnya yang diherdik oleh waris pesakit. Kejadian yang berlaku di depan matanya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak untuk masuk campur dan membela nasib jururawat tersebut.

Advertisement

Jururawat diherdik

hospital

Gambar hiasan

“Wei bodoh! Angkat betul-betul lah!”

Dari tadi aku dah perhatikan waris pesakit ini agak kurang sopan dengan Nurse. Minta itu, minta ini, ada sajalah yang tak kena di mata dia.

“Encik, saya Dr Samhan. Doktor yang incharge ayah encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?”

“Bb betul! Sedar sikit pass diploma je, bukan ada ijazah pun. Buatlah kerja betul-betul!” (sambil menunding jari pada Staff Nurse.)

Sewaktu kejadian berlaku, dia yang menyaksikannya sendiri menegur waris pesakit tersebut. Namun tanpa segan silu, dia terus mengherdik jururawat yang kekal diam membisu sepatah tak berbunyi.

Aku dah tak boleh tahan. “Jangan kurang ajar boleh tak? Ingat Nurse ini hamba ke? Encik keluar!!”

Aku pun ada tahap sabar juga. Pantang betul kalau kita dah cakap baik-baik tapi masih nak berlagak tunjuk belang. Aku tak kisah pun kau siapa. Aku tak kisah kalau kau nak saman. Aku tak kisah nak menjawab dengan orang atasan. Yang aku tahu, kau tak berhak langsung nak menghina.

Tak semua mampu jadi jururawat

jururawat

Gambar hiasan

Aku cukup hormat dengan Nurse. Tahu tak yang tak semua orang boleh bertahan dengan kerja ni? Mereka ini kalau setakat demam biasa dan lenguh-lenguh badan, selagi larat takkan sesekali ponteng kerja.

Mereka ini walaupun berjauhan dengan anak dah berbulan, rasa rindu yang teramat tapi tak pernah sekalipun cincai dalam kerja. Mereka ini ada yang dah bertahun minta tukar tempat kerja untuk dekat dengan keluarga, walaupun tak pernah dapat tetaplah menunggu dengan sabar.

Mereka ini walaupun baru lepas bertengkar dengan suami, simpan muka sedih. Tetap datang kerja macam biasa dan ukirkan senyuman manis. Mereka ni anak sendiri sakit demam pun tak terjaga kerana sibuk menjaga pesakit lain yang bukan pun keluarga sendiri.

doktor

Doktor Samhan dua dari kanan

Mereka ini yang selalu diherdik dihina oleh pesakit dan waris, tetap ikhlas buat kerja tanpa banyak bicara. Mereka ini setakat wad pecah tunggang langgang, mereka pandang sebelah mata. Cukup cekap dan sangat cemerlang pula dalam menjaga masa.

Mereka ini kalau setakat nak mandikan pesakit, tukarkan pampers, basuhkan najis semua tu dah jadi perkara biasa. Tau-tau pesakit dah bersih, kemas dan ceria. Mereka ini kerja tak kira masa. Cuti sekolah belum tentu cuti apatah lagi cuti raya.

Aku cukup kenal mereka. Mereka sememangnya manusia yang luarbiasa. Suka menolong dan membantu tanpa dipinta. Tanpa mereka satu hospital akan lumpuh. Sebab itu korang patut hormat mereka. Jangan sesekali bersikap kasar apalagi mengherdik.

Kita rasa best bila orang hormat pada kita tapi sebelum itu, belajarlah dulu hormat dan menghargai pada orang lain. Kita akan pasti lebih dihormati dan dihargai.

Lebih menyedihkan, jururawat yang diherdik oleh pesakit itu sebenarnya dalam keadaan kurang sihat kerana sedang mengandung. Walaupun tidak sihat, dia masih lagi bekerja dan melayan kerenah pesakit walaupun telah diherdik oleh ahli keluarga pesakit.

jururawat

Gambar ini aku ambil bila lihat Nurse ini sekejap-kejap muntah. Mengandung rupanya. Dengan muka yang pucat dan keletihan tapi tetap bekerja dengan senyum manis didepan pesakit.

Luar biasa hebat! Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab masih ramai yang tak tahu pengorbanan Nurse dan tak reti nak hormat orang.

Perkongsian dari Doktor Samhan setakat ini telah mendapat 9 ribu perkongsian di Facebook. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mempertahankan jururawat tersebut. Diharapkan perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang jasa petugas kesihatan di hospital.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...