“Ingat Nak Peluk Saja-Saja Ke” – Dikecam ‘Mesra’ Peluk Aliff Aziz Di Genting, Intan Najuwa Bersuara

Hiburan

“Ingat Nak Peluk Saja-Saja Ke” – Dikecam ‘Mesra’ Peluk Aliff Aziz Di Genting, Intan Najuwa Bersuara

Semalam, tular satu video di TikTok memaparkan pelakon Aliff Aziz dan Intan Najuwa sedang berpelukan mesra di tempat peranginan telah mengundang kecaman daripada netizen.

Beberapa netizen mempertikaikan tindakan Aliff memeluk Intan biarpun dia difahamkan kini sedang berhijrah namun masih boleh bermesra dengan wanita lain.

Advertisement

Sedar dirinya dikecam ramai, Intan mengambil tindakan untuk bersuara kerana merasakan tuduhan yang dilakukan oleh netizen sememangnya tidak benar.

intan najuwa bersuara isu berpelukan

Melalui Insta Storypelakon wanita itu berkata sudah jelas di hadapan mereka itu mempunyai kamera yang sedang merakam lakonan yang sedang dilakonkan untuk drama terbaharu bertajuk Jodohku Babysitter.

Ingat apa nak peluk saja-saja ke, dah tak ada kerja sangat ke.

Dalam pada masa yang sama, Intan turut meluahkan rasa kesal dengan headline yang dibuat oleh satu portal media ini kerana ia mencetus pelbagai spekulasi negatif dikalangan warganet. Sedangkan ketika itu, Aliff dan Najuwa sedang menjalankan tugas sebagai seorang pelakon dengan profesional.

Sekadar info, kini Intan dan Aliff sedang menjalankan penggambaran untuk drama terbaharu mereka yang bakal ditayangkan di saluran Astro tidak lama lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Aliff aziz intan najuwa
2 years ago

(VIDEO) “Bella Pun Ada Tu” - Berpelukan Di Genting, Aksi Intan Najuwa Dan Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...