“Ingat Nak Mudahkan Kerja” – Selalu Bagi ‘Phone’ Dekat Anak, Ibu Kesal Mata Si Kecil Mula Juling

Kehidupan

“Ingat Nak Mudahkan Kerja” – Selalu Bagi ‘Phone’ Dekat Anak, Ibu Kesal Mata Si Kecil Mula Juling

Dalam zaman serba teknologi ini, kita memang tidak akan lepas dari menggunakan gajet seperti telefon bimbit, komputer dan sebagainya.

Terutamanya buat kanak-kanak yang semakin hari semakin didedahkan dengan penggunaan alat elektronik itu yang mempunyai kesan buruk jika digunakan secara berlebihan.

Advertisement

Seperti sebuah perkongsian seorang wanita ini, dia ada berkongsi mengenai anaknya yang matanya menjadi juling kerana terlalu kerap menggunakan telefon bimbit.

anak mata juling kerap main fon

Wanita yang dikenali sebagai Nurul Afeizah ini mengakui sudah mendedahkan anaknya dengan gajet semenjak berusia 2 tahun lagi.

Ia berikutan kerana tidak mahu si kecil itu mengganggu waktu mereka bekerja  di rumah memandangkan ketika itu adalah negara berada dalam keadaan PKP.

Anak lelaki Nurul yang bernama Luth itu kini sudah pun berusia 5 tahun dan mata si kecil itu mula mengalami perubahan dari hari ke hari sehingga memerlukan rawatan lanjut.

Bermula tahun lepas lagi, tapi saya tak perasan yang matanya juling kerana menyangkakan Luth hanya bermain. Pada masa itu, memang selalu marah dia sebab buat mata juling.

Malah, sehingga satu tahap mata Luth menjadi semakin teruk sehinggakan mata hitamnya boleh hilang di sebalik pangkal hidung.

budak mata juling

Dia dan suami kemudiannya membawa Luth ke hospital untuk rawatan lanjut namun bersyukur kerana mata anak mereka masih boleh lagi dirawat.

Menganggap perkara itu sebagai satu pengajaran,  Nurul sempat menitipkan pesanan buat ibu bapa di luar sana agar tidak mementingkan diri sendiri sehingga anak menjadi mangsa keadaan.

“Saya harap ibu bapa yang lain boleh ambil pengajaran dengan apa yang berlaku pada saya dan anak.” ujarnya.

madu
2 years ago

"Boleh Jadi Toksin.." - Bayi Sesak Nafas Lepas Diberi Madu, Doktor Dedah Sebab Kenapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...