“Ingat Nak Jimat Perbelanjaan, Sudahnya…” – Zarina Zainuddin Sedih Bekal Makanan Tak Boleh Bawa Masuk Jepun

Hiburan

“Ingat Nak Jimat Perbelanjaan, Sudahnya…” – Zarina Zainuddin Sedih Bekal Makanan Tak Boleh Bawa Masuk Jepun

Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa sedih apabila bekal makanan yang dibawa untuk dijamah ketika bercuti di Jepun telah dirampas oleh pihak imigresen baru-baru ini.

Zarina berkata dia gigih menyediakan makanan dan lauk dari Malaysia kerana bimbang akan harga makanan yang agak mahal di negara matahari terbit itu.

Advertisement

zarina zainuddin

Saya punyalah gigih masak gulai Ayam Kampung, masak rendang daging dan ayam, daging blackpepper, gulai lemak daging salai dan ayam salted egg.

 

Semua kena tahan selepas di declare, saya ingat lepas sebab semua saya simpan dalam satu kotak.

 

Yang lepas sotong salted egg dan kuah kari serta pulut kuning. Ingat nak jimat perbelanjaan sudahnya sedih.

 

Nak bawa anak-anak berjalan tempat macam ini semua mahal.

Perkara ini telah dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Pelakon itu turut memberitahu dia memilih untuk bercuti ke luar negara kerana sudah beberapa kali gagal menunaikan janji dengan anak-anak.

Namun percutiannya kali ini dia tidak membawa Azil dan suaminya iaitu Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar kerana bimbang tidak mampu mengawal anak sulungnya yang menghidap autisme.

zarina zainuddin

Kali ni perjalanan saya bercuti tanpa Azil dan abahnya. Dekat Jepun ni undang-undang lain macam tak boleh bising, tak boleh cakap kuat. Macam mana nak bawa Azil?

 

Rindu pula pada Azil dan abahnya, nanti kita pergi Langkawi hujung bulan ini Insha-Allah.

zarina zainuddin
2 months ago

"Mula Saya Tolak Sebab Dia Suami Orang.." - Kongsi Kisah Bermadu, Zarina Zainuddin 'Throwback' Detik Berkenalan Dengan Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...