Baru-baru ini, pelakon Izara Aishah telah berkongsi dan meluahkan hasratnya untuk menetap di kota suci, Madinah kerana dia mahu menjadi teladan yang baik kepada puteri sulungnya, Irisa Alaia.
Menerusi temu bual eksklusif, dia yang mesra dipanggil Icha itu akui mempunyai banyak impian antaranya adalah untuk membahagiakan ahli keluarganya.
Izara malah berkata jika diizinkan, dia mahu menghembuskan nafas terakhirnya di Madinah.
Bagaimanapun beberapa individu yang memberikan komen mereka di Facebook memerli dan mempersoalkan niat sebenar untuk tinggal dan meninggal dunia di kota suci berkenaan.
Mungkin dia ingat mati di Madinah masuk syurga terus. Kalau mati di Malaysia ke, di Kaherah ke, mungkin susah sikit masuk syurga.”
Meskipun ada yang memberikan komen negatif sebegitu, namun ada ramai yang mendoakan agar doa Izara dimakbulkan dan impiannya itu tercapai.
Kata mereka, jika niat baik dan impian disertakan dengan doa insyaAllah dimakbulkanNya.
Segelintir pula dilihat meluahkan impian masing-masing antaranya mahu mengandung dan melahirkan anak selepas lama menunggu rezeki zuriat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.