“Ingat Majlis ‘Gender Reveal, Konvokesyen Ke Nak ‘Happy’ Dapat Bunga” – Netizen Tempelak Ruhainies

Hiburan

“Ingat Majlis ‘Gender Reveal, Konvokesyen Ke Nak ‘Happy’ Dapat Bunga” – Netizen Tempelak Ruhainies

Usai sebutan kes khalwat semalam, pelakon Ruhainies tampil berkongsi dirinya mendapat sejambak bunga di media sosialnya.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilias,32, berkongsi perkara itu namun menerima reaksi negatif daripada netizen.

Advertisement

Ruhainies dapat bunga lepas kes khalwat

Kata netizen, Ruhainies seolah-olah ‘gembira’ seperti baru sahaja menghadiri majlis konvokesyen sebaliknya menghadapi kes khalwat.

Dia ingat ni majlis konvokesyen ke? Tak sedar diri tu pergi mahkamah sebab kes khalwat.

Kes khalwat tu bukan majlis ‘gender reveal’ nak berseronok. Paling-paling tak malu pun kurangkan kemas kini dalam media sosial. Tapi ni makin menonjol.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz dilaporkan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan semula kes khalwat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 20 & 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat antara kedua-duanya.

Nama Aliff Aziz dan Ruhainies menjadi sorotan warga maya setelah mereka berdua ditangkap berkhalwat oleh JAWI di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Qistina raisah tak terkesan kutukan netizen, followers naik sejuta
26 mins ago

"Saya Tak Terkesan Dengan Kutukan Netizen" - Qistina Raisah Dedah 'Followers' TikTok Naik Hampir Sejuta Selepas Video Gimik Simbah Air

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...