Ingat! Lepas Ini Kalau Buang Sampah Dari Kereta Akan Didenda Lebih Dari RM300 Oleh PDRM

Kehidupan

Ingat! Lepas Ini Kalau Buang Sampah Dari Kereta Akan Didenda Lebih Dari RM300 Oleh PDRM

Semasa memandu pasti ada diantara kita yang pernah melihat manusia yang tidak mempunyai disiplin semasa membuang sampah dari tingkap kereta.

Bukan itu sahaja, golongan dewasa dan kanak-kanak juga turut membuang sampah di merata tempat dan suka mengamalkan tabiat membuang sampah di atas jalan raya melalui tingkap kenderaan.

Tindakan tersebut adalah perbuatan buruk kerana sampah yang dibuang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Advertisement

via GIPHY

Tahukah anda, jika anda membuang sampah dari kereta, denda akan dikenakan dibawah tindakan di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dengan denda maksimun RM300.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengumpul sampah dalam kenderaan terlebih dahulu dan membuangnya di tempat yang disediakan apabila berhenti untuk berehat ketika memandu.

Simpan sampah dalam kereta sementara sampai ke destinasi tidak menyebabkan kereta anda kotor, tetapi jalan raya yang kotor kerana tercemar dengan sampah. Jangan pentingkan diri sendiri ya!

Adakah anda semua rasa adil untuk mereka buang sampah mereta-rata dikenakan denda?

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...