“Ingat Kena Santau” – Lagi Kes Keracunan ‘Oyster’ Murah, Gadis Ini Muntah Hitam & Berlumpur

Kehidupan

“Ingat Kena Santau” – Lagi Kes Keracunan ‘Oyster’ Murah, Gadis Ini Muntah Hitam & Berlumpur

Kecoh beberapa hari ini di media sosial mengenai makanan sensasi yang viral iaitu tiram ‘oyster’ mentah yang dijual dengan harga murah sekitar RM6 sebiji.

Hidangan oyster yang segar dijual dengan harga yang agak mahal iaitu sekitar RM10/RM15 sebiji dan dihidangkan bersama perahan lemon dan sedikit sambal cili, pastinya sangat digemari oleh penggemar ‘seafood’ di luar sana.

Advertisement

Terbaru, beberapa video telah menjadi tular di TikTok di mana beberapa individu mendakwa mereka mengalami masalah kesihatan iaitu keracunan makanan dan cirit birit setelah makan hidangan oyster murah di sebuah restoran.

Menurut seorang gadis @notmytypeatall di TikTok ini, dia telah dijamu dengan hidangan oyster yang berwarna gelap dan pada awalnya tidak berasa curiga kerana memikirkan ia mungkin berubah warna setelah dimasak.

Namun, setelah pulang ke rumah, perut gadis itu mula meragam setelah mencuba tiram viral RM6/sebiji itu.

Katanya, dia mengalami muntah hitam dan berlumpur beberapa kali, menandakan dirinya sudah dijangkiti kuman dan bakteria dalam makanan.

Menjengah ke ruangan komen hantaran video tersebut, netizen tampil memberi nasihat kepada penggemar makanan laut ataupun mereka yang kali pertama ingin mencuba makan oyster agar melihat terlebih dahulu keadaannya dari sudut warna dan lokasi kedai serta keadaan akuarium.

Oyster murahSumber : TikTok  

Kalau kedai jual tiram mentah tu murah-murah tapi bukan tepi laut atau tak ada akuarium dalam kedai tu, tak payahlah berjudi dengan nasib pergi makan tiram kat situ.

Kata netizen, oyster yang segar sepatutnya berwarna putih dan bukannya pucat ataupun hitam yang menandakan ia sudah tercemar sekaligus boleh mengancam kesihatan sesiapa yang menjamahnya.

Kang tak memasal dapat ‘hadiah’ novovirus, vibrio, hepatitis A, keracunan makanan, percutian ke barzakh.

Korang hati-hati okay nak makan oyster tu!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Nampak Sangat Tak Fresh" - Rupanya Ramai Keracunan Makanan Lepas Makan 'Oyster' Medan Selera 'Famous' Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. brunes

    August 17, 2022 at 2:14 pm

    bab tu lah oyster ni bukan makanan org miskin.. dari harvesting, storage dia ke prep dia memang harus meticulous. geli aku tengok, jangan2 oyster dia ambil kat sungai yg laluan pembuangan. kan oyster ni filter environment dia.. ewwwww diskating

Tinggalkan Komen Anda Di Sini