Kecoh beberapa hari ini di media sosial mengenai makanan sensasi yang viral iaitu tiram ‘oyster’ mentah yang dijual dengan harga murah sekitar RM6 sebiji.
Hidangan oyster yang segar dijual dengan harga yang agak mahal iaitu sekitar RM10/RM15 sebiji dan dihidangkan bersama perahan lemon dan sedikit sambal cili, pastinya sangat digemari oleh penggemar ‘seafood’ di luar sana.
Terbaru, beberapa video telah menjadi tular di TikTok di mana beberapa individu mendakwa mereka mengalami masalah kesihatan iaitu keracunan makanan dan cirit birit setelah makan hidangan oyster murah di sebuah restoran.
Menurut seorang gadis @notmytypeatall di TikTok ini, dia telah dijamu dengan hidangan oyster yang berwarna gelap dan pada awalnya tidak berasa curiga kerana memikirkan ia mungkin berubah warna setelah dimasak.
Namun, setelah pulang ke rumah, perut gadis itu mula meragam setelah mencuba tiram viral RM6/sebiji itu.
Katanya, dia mengalami muntah hitam dan berlumpur beberapa kali, menandakan dirinya sudah dijangkiti kuman dan bakteria dalam makanan.
Menjengah ke ruangan komen hantaran video tersebut, netizen tampil memberi nasihat kepada penggemar makanan laut ataupun mereka yang kali pertama ingin mencuba makan oyster agar melihat terlebih dahulu keadaannya dari sudut warna dan lokasi kedai serta keadaan akuarium.
Kalau kedai jual tiram mentah tu murah-murah tapi bukan tepi laut atau tak ada akuarium dalam kedai tu, tak payahlah berjudi dengan nasib pergi makan tiram kat situ.
Kata netizen, oyster yang segar sepatutnya berwarna putih dan bukannya pucat ataupun hitam yang menandakan ia sudah tercemar sekaligus boleh mengancam kesihatan sesiapa yang menjamahnya.
Kang tak memasal dapat ‘hadiah’ novovirus, vibrio, hepatitis A, keracunan makanan, percutian ke barzakh.
Korang hati-hati okay nak makan oyster tu!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.