Bergelar petugas barisan hadapan ataupun frontliners pastinya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana perlu mendepani pelbagai ragam umat manusia dari setiap lapisan umur.
Tular di media sosial apabila seorang lelaki bernama Din berkongsi rakaman video di aplikasi TikTok yang memaparkan gelagat dua orang petugas PPV yang ‘hilang arah’ apabila ditegur olehnya di hadapan orang ramai.
Lelaki itu dilihat menegur petugas berkenaan yang dilihat bersikap agak biadap ketika meminta penerima vaksin yang sedang menunggu giliran untuk duduk.
Mungkin kerana suara mereka yang kedengaran agak lantang dan nada yang tinggi, lelaki itu juga seperti menahan marah kerana dirasakan seperti sedang menggeletar ketika merakam video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen tampil menyokong tindakan lelaki tersebut kerana mereka juga pernah mengalami situasi yang sama seperti itu sebelum ini.
Kata sesetengah netizen, sebarang pekerjaan yang melibatkan interaksi dengan orang ramai perlulah dilakukan dengan budi bahasa yang tinggi kerana setiap tindakan diperhatikan umum, tambahan pula di zaman sedia ‘viral’ ini.
Kerja membabitkan orang awam kena jaga budi bahasa. Tahan sabar dengan karenah orang awam, letih-letih korang dapat gaji. Kami yang menunggu lama pun sabar je tunggu. – Netizen