Baru-baru ini kecoh dan hangat diperkatakan tentang isu pelajar-pelajar yang memilih untuk membuat sesi ulang kaji di McDonald’s. Ramai yang bersetuju bahawa tidak wajar untuk pelajar-pelajar memilih untuk melakukan sesi ulang kaji di situ. Sepatutnya keutamaan diberikan kepada pelanggan yang ingin menjamu selera.
Baca: Netizen Mahu Budaya Belajar Di McDonald’s Dan Restoran Makanan Segera Yang Lain Dihentikan
Tetapi nampaknya tak semua ada pandangan yang sama dan seorang pelajar dari universiti awam ini tampil bersuara. Menurutnya, mereka bukanlah duduk secara percuma di sana dan tidak ada membeli apa-apa langsung.
“Ingat kami study dekat Mcd tu beli fries je ke?”
Individu ini turut mempertikaikan sikap ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke McDonald’s walaupun pada tengah malam. Kebiasaannya, pelajar-pelajar akan melakukan ulang kaji pada lewat malam di cawangan yang beroperasi 24 jam.
“Aku memang pantang kalau pukul 1 pagi mak bapak bawak anak-anak kecik pergi Mcd.”
Namun, pandangannya ini mendapat kecaman hebat daripada netizen di media sosial yang tetap menganggap budaya belajar di McDonald’s ini tidak wajar dilakukan. Isu ini nampaknya membuatkan pihak McDonald’s sendiri memberikan respon mereka sendiri.
Kami okay.
Kami paham study sambil makan itu adalah nikmat dan less stress. https://t.co/xPpSr6sONp
— McDonaldsMalaysia (@McDMalaysia) January 30, 2020
Jawapan santai dari admin McDonald’s ini nampaknya semakin menggalakkan budaya ini untuk terus dilakukan. Pada pendapat anda sendiri, wajarkah budaya belajar di McDonald’s ini dibiarkan sahaja?
Artikel berkaitan: Ulangkaji Pelajaran Di Restoran Dan Kedai Serbaguna, Pelajar Universiti Dibidas Netizen