Penyanyi rap, Bunga Isme dihujani dengan teguran peminat apabila satu video tarian ketika membuat persembahan di sebuah lokasi tular.
Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari dikecam netizen menerusi TikTok disebabkan kelincahannya.
Bunga, 21, yang berlari-lari dan menari sehingga dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung dan berbaju kurung.
Penyanyi lagu Intan Payung itu tidak berdiam diri, seterusnya tampil memohon maaf kepada orang ramai yang terkesan disebabkan video tersebut.
Saya Bunga dan yang membuat persembahan tersebut. Minta maaf jika persembahan ini buat ramai tak senang hati.
Bunga mengakui hanya berseronok dalam setiap persembahan. Namun, dia tetap menghargai semua penonton dan sedar kesalahan dirinya.
“Ingat ini pesta luar negara ke?” tegur seorang netizen.
Mungkin ramai yang prihatin kerana Bunga merupakan seorang wanita bertudung jadi perlu lebih berhati-hati jika mahu melakukan sesuatu perkara selepas ini.