Pensohor media sosial, Ratu Farah hari ini menjadi tumpuan warga maya apabila dia dikatakan berseri dan cantik setelah disolek oleh jurumekap profesional, Datuk Alha Alfa.
Perkongsian ‘sebelum’ dan ‘selepas’ disolek itu turut dikongsikan Alha di ruangan media sosial TikTok miliknya untuk tatapan peminat.
Sememangnya berbakat, wajah Ratu Farah kelihatan sungguh berbeza berbanding sebelum ini.
Cantiknya Ratu..dah seiras pelakon Elfira Loy dah. Hebat betul makeup Alha Alfa.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata memuji hasil solekan jurusolek itu dan menyamakan Ratu Farah dengan pelakon Elfira Loy.
Malah, ada yang berkenan untuk masuk meminang Ratu Farah untuk dibuat isteri. Wah, kemain…