Mahkamah Daerah Tokyo menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun terhadap seorang wanita selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Jepun pada tahun 2020 yang lalu di mana tertuduh, Saki Kakehashi, 26, telah meninggalkan mangsa bersendirian di rumah mereka selama seminggu untuk pergi bercuti bersama kekasihnya.
Sangka anak akan baik-baik saja
Difahamkan, dia telah meninggalkan teh dan gula-gula untuk anaknya bernama Noa di apartmen mereka di bandar Ota.
Saki juga telah menyekat Noa di ruang tamu dengan sofa yang menghalang laluan ke pintu dapur. Katanya, ia bertujuan untuk mengelak Noa daripada mencederakan diri dengan pisau atau barangan dapur lain.
Kata Saki, dia menganggap anaknya akan baik-baik sahaja sementara pergi bercuti dengan teman lelaki di bandar Kagoshima.
Meninggal dunia akibat dehidrasi, cuba sembunyikan fakta
Sekembalinya dari percutian itu pada 13 Jun 2020, Saki membuat panggilan kecemasan dan memaklumkan Noa tidak bernafas.
Malangnya, selepas dibawa ke hospital kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat dehidrasi dan kelaparan serta perut mangsa dilaporkan hampir kosong.
Selain itu, doktor turut mendapati ruam di bahagian punggung mangsa kerana lampin yang tidak ditukar terlalu lama.
Ketika perbicaraan, pendakwa raya mendakwa Saki cuba menyembunyikan fakta kes dengan menyapu ubat pada ruam selain tukar lampin baru sebelum membuat panggilan kecemasan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.
Anonymous
February 15, 2022 at 10:27 am
Kenapa la cetek sangat fikiran wanita ni,kalau ya pun terpaksa tinggalkan anak,tinggallkanlah keperluan makanan yg cukup,tidak semua budak 8 tahun pandai nak uruskan diri,anak saya umur 18 tahun pun saya risau nak tinggalkan rumah lama2,inikan baru 8 tahun,semoga jadi pengajaran buat ibu2 di luar sana,jadilah ibu yg bertanggunjawab,tak salah kahwin muda asalkan tahu tanggungjawab kpd keluarga.
Anonymous
February 15, 2022 at 10:30 am
Maaf tak pasti usia anaknya berapa tahun kalau tak silap 3 tahun bukan 8 tahun.
Anonymous
February 14, 2022 at 4:31 pm
kerana jantan, Ada juga manusia bodoh sampai tahap ni ya
Anonymous
February 14, 2022 at 7:29 am
ya allah
Anonymous
February 13, 2022 at 11:14 pm
Alaaah.. Ada juga manusia bodoh sampai tahap ni ya
Leylla Elskens
February 12, 2022 at 10:30 pm
Ibu sial