“Ingat Dia Akan Baik-Baik Saja” – Ibu Tinggal Anak Berseorangan Seminggu, Pergi Bercuti Dengan ‘BF’

Berita

“Ingat Dia Akan Baik-Baik Saja” – Ibu Tinggal Anak Berseorangan Seminggu, Pergi Bercuti Dengan ‘BF’

Mahkamah Daerah Tokyo menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun terhadap seorang wanita selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Jepun pada tahun 2020 yang lalu di mana tertuduh, Saki Kakehashi, 26, telah meninggalkan mangsa bersendirian di rumah mereka selama seminggu untuk pergi bercuti bersama kekasihnya.

Advertisement

 

Sangka anak akan baik-baik saja

Difahamkan, dia telah meninggalkan teh dan gula-gula untuk anaknya bernama Noa di apartmen mereka di bandar Ota.

Saki juga telah menyekat Noa di ruang tamu dengan sofa yang menghalang laluan ke pintu dapur. Katanya, ia bertujuan untuk mengelak Noa daripada mencederakan diri dengan pisau atau barangan dapur lain.

Kata Saki, dia menganggap anaknya akan baik-baik sahaja sementara pergi bercuti dengan teman lelaki di bandar Kagoshima.

 

Meninggal dunia akibat dehidrasi, cuba sembunyikan fakta

Sekembalinya dari percutian itu pada 13 Jun 2020, Saki membuat panggilan kecemasan dan memaklumkan Noa tidak bernafas.

Malangnya, selepas dibawa ke hospital kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat dehidrasi dan kelaparan serta perut mangsa dilaporkan hampir kosong.

Selain itu, doktor turut mendapati ruam di bahagian punggung mangsa kerana lampin yang tidak ditukar terlalu lama.

Ketika perbicaraan, pendakwa raya mendakwa Saki cuba menyembunyikan fakta kes dengan menyapu ubat pada ruam selain tukar lampin baru sebelum membuat panggilan kecemasan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Lelaki Palsukan Kematian Isteri Untuk Kahwin Lagi Satu, Dihukum Penjara 8 Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...