Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Ingat Dah Kahwin..” Sering Kongsi Gambar Mesra, Peminat Ingat Adam Lee Dan Qismina Sudah Bernikah

Adam Lee dan Sweet Qismina

Semakin hangat setelah tampil dalam drama Bidadari Salju yang kini bersiaran di saluran TV3, pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee disangka telah mendirikan rumah tangga gara-gara sering berkongsikan foto dan video mesra di laman sosial terutamanya Instagram.

Sweet Qismina dan Adam LeeSumber : Instagram Sweet Qismina  

Menerusi sebuah entri terbaru di Instagram Sweet, seorang peminat telah tampil bertanyakan sama ada mereka berdua telah berkahwin ataupun tidak menerusi ruangan komen perkongsiannya itu.

Advertisement

“Diorang dah kahwin ke? Minta maaf tanya sebab ramai akta diorang dah kahwin”, tanya individu itu ringkas. Enggan membiarkan netizen berterusan membuat andaian, pelakon drama bersiri Pink Smile itu tampil membalas komen individu tersebut.

Sweet yang kini berusia 24 tahun menjelaskan bahawa dia dan Adam masih belum berkahwin namun berharap agar individu tersebut  dan juga peminat di luar sana agar mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua.

Komen Sweet QisminaSumber : Instagram Sweet Qismina  

Sekadar info, Adam dan Sweet yang kini bergandingan sebagai pasangan suami isteri dalam drama bersiri Bidadari Salju difahamkan mulai rapat setelah berlakon bersama dalam drama Adam Chempaka pada tahun 2019 yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. ESOK KITA MCO HAHHAHA

    January 14, 2021 at 11:07 am

    ORANG MCO STRES! KAU MCO BERJOGED

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top