“Ingat, Curang Itu Pilihan..” – Farid Kamil Sindir Diana Danielle?

Hiburan

“Ingat, Curang Itu Pilihan..” – Farid Kamil Sindir Diana Danielle?

Seperti yang ramai tahu, kemelut rumah tangga antara pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle masih belum berakhir selepas mereka dilihat saling membalas kenyataan di media sosial.

Baru-baru ini, Farid atau Farid Kamil Zahari berkongsi petikan mengenai perbuatan curang di Instagram Story.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu memberi bayangan bahawa curang adalah pilihan dan bukannya perbuatan yang tidak disengajakan.

Selalu ingat, curang adalah satu pilihan bukannya kesalahan. Manakala, kesetiaan ialah tanggungjawab dan bukan pilihan.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, Farid seolah-olah membalas kenyataan Diana sebelum ini.

Terdahulu, Diana membuat hantaran di Instagram Story mengatakan dakwaan orang ketiga membuktikan bahawa suaminya itu masih belum cukup mengenali dirinya.

Bukan itu sahaja, pelakon Imaginur itu berkata perkara itu sekaligus membuatkan rasa cinta terhadap Farid semakin pudar.

Kalau awak betul-betul fikir yang saya dah ada orang lain, itu membuktikan yang awak langsung tak kenal diri saya macam mana.

Dalam pada itu, Diana memaklumkan dia tidak lagi boleh menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan orang lain menghancurkan hatinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Dituduh Ada Orang Ketiga, Diana Danielle Anggap Farid Kamil Tak Cukup Kenali Dirinya - "Itulah Buktinya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...