Tidak dapat dinafikan, jika adanya kerja-kerja pungutan sampah, pasti bunyi bising yang datang daripada enjin lori serta bau sampah akan mendatangkan rasa kurang senang penduduk sekeliling.
Namun begitu, tidak salah untuk kita saling hormat-menghormati, lagi-lagi untuk mereka yang hanya melakukan tugasan mereka.
Menjerit-jerit halau pemungut sampah
Melalui laman TikTok, baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita menjerit-jerit serta menghalau pekerja pembersihan yang memberhentikan lori sampah di hadapan rumahnya.
Susulan sikap wanita tersebut serta situasi mengejut yang dialami, pekerja-pekerja tersebut terkedu kerana tiba-tiba ‘diserang’ sedemikian.
Angkat sampah jalan! Ingat bapak hang punya jalan? Jalan, jalan! Hang pi berambuih.
Siap pegang kayu, ancam nak lapor polis
Biarpun sudah dijelaskan secara baik oleh pekerja pemungut sampah itu, wanita terbabit masih melenting, bahkan siap memegang kayu panjang hanya untuk ‘menghalau’ mereka daripada depan rumahnya.
Dalam pada masa yang sama, dia turut memberi amaran kepada pekerja-pekerja itu untuk tidak lagi memberhentikan lori sampah di hadapan rumahnya, selain mengancam mahu membuat laporan polis.