Ingat Baju Sedondon Suami Sendiri, Wanita Salah Pegang Suami Orang Bikin Netizen Terbahak

Kehidupan

Ingat Baju Sedondon Suami Sendiri, Wanita Salah Pegang Suami Orang Bikin Netizen Terbahak

Sememangnya memakai baju sedondon ketika keluar berjalan-jalan ataupun hadiri majlis perkahwinan sudah menjadi trend terkini, lagi-lagi untuk pasangan suami isteri.

Dalam pada itu, ia juga menampakkan pasangan tersebut kelihatan sweet jika memuat naik foto di media sosial memakai baju sedondon.

Advertisement

Bagaimanapun, lain pula yang terjadi buat dua pasangan suami isteri ini yang mencuit hati netizen, apabila mereka tertukar pasangan akibat tidak memakai baju sedondon di majlis perkahwinan kenalan.

Menerusi video berdurasi beberapa saat yang dimuat naik di TikTok itu, kelihatan dua pasangan yang memakai baju sedondon sedang mengambil gambar bersama pengantin di atas pelamin.

Seronok mengambil gambar, wanita disebelah kiri itu telah memegang tangan lelaki yang kononnya suami dia dan tidak lama kemudian baru menyedari lelaki itu bukanlah suaminya.

komen tiktok

Menyedari akan kesilapan yang berlaku, salah seorang suami disitu telah menempuk dahi sendiri kerana terkejut dengan situasi yang berlaku, lalu mereka kembali dengan pasangan masing-masing.

Difahamkan melalui ruangan komen hantaran tersebut, wanita yang memegang lelaki lain itu merupakan adik beradik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

3 years ago

"Sedapnya Suara, Bakal Artis 'One Day'" - Nyanyi Lagu CINTA, Netizen Minta Anak Akim & Stacy Buat 'Full Cover'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...