“Ingat Artis Ni Hamba Abdi Ko Ke Anat?” – Pergi Tandas & Makan Dalam Kereta, Reen Rahim Berang Dituduh Elak Layan Peminat

Hiburan

“Ingat Artis Ni Hamba Abdi Ko Ke Anat?” – Pergi Tandas & Makan Dalam Kereta, Reen Rahim Berang Dituduh Elak Layan Peminat

Pelakon Reen Rahim menerusi Instagram telah meluahkan rasa marah selepas seorang individu menuduhnya sombong kerana tidak melayani peminat yang mahu bergambar di sebuah acara jualan baru-baru ini.

Kata aktres itu, salah faham tersebut adalah disebabkan dia tiada di gerai atau booth miliknya kerana ke tandas untuk membuang air kecil dan individu terbabit dipercayai kecewa kerana tidak dapat bergambar dengannya.

Advertisement

Menurut Reen, dia berniat untuk membalas komen individu tersebut di TikTok dan memohon maaf serta menjelaskan apa yang berlaku namun, dia naik berang apabila membaca komen daripada peminat tersebut.

Difahamkan, insiden itu berlaku ketika acara jualan yang berlangsung di Melaka, semalam dan dia dituduh mengelak untuk melayan peminat gara-gara tidak berada di booth dalam tempoh yang agak lama.

Jelas Reen menerusi komen, dia berada di lokasi tersebut sehingga lewat malam namun ketika kejadian dia mengambil masa rehat untuk makan di dalam kenderaan.

Aku pergi tandas, then aku intan booth takde pun yang tunggu. So aku pergi masuk kereta makan jap. Aku ada dekat booth sampai 12am.”

Kita ni sebagai netizen janganlah terus nak ‘pangkah’ artis dan viralkan yang mereka sombong atau tidak melayan peminat. Kena ingat, mereka pun manusia biasa.

Perlu ke toilet buang air, perlu makan, perlu rehat, perlu masa dan privasi. Tak gitu?

1 year ago

"Aku Rasa Bibir Aku Dah Keras Senyum Haritu" - Dilabel Sombong & 'Kekwat', Nad Zainal Akui Silap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...