Sebelum ini, nama pendakwah bebas Ustazah Siti Afifah menjadi bualan hangat netizen apabila menggelar para suami sebagai ‘dayus’ kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak.
Baru-baru ini, Ustazah Siti Afifah kembali mendapat perhatian orang ramai apabila mendakwa seseorang individu akan kehilangan jiwa dan roh mereka apabila bersalaman dengan golongan artis.
Susulan itu, penyanyi terkenal iaitu Datuk Hattan tampil memberi respon dan menganggap kenyataan tersebut memberi perspektif negatif terhadap golongan selebriti.
Kalau bersalaman dengan artis, katanya akan hilang roh. Hina betul pandangan dia pada artis ni. Sedapnya mulut bercakap.
@sunnahtidakberbohong #aurasalam #sunnahtidakpernahbohong
? bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin
Kamu cakap artis ni standard entah apa-apa. Ingat artis ni binatang ke? Najis mughallah ke?
Dalam pada itu, penyanyi berusia 57 tahun itu turut menjelaskan bahawa kebanyakkan golongan artis jarang berkongsi amalan mereka di media sosial.
Artis ni sebenarnya tak suka menunjuk. Boleh kata 90% artis Malaysia dah sampai ke Tanah Suci sama ada umrah atau haji.
Kalau kamu cakap bersalaman itu akan membuatkan kita batal air sembahyang atau salah sebab bukan muhrim, itu kita faham.
Bukan itu sahaja, Hattan meminta pendakwah tersebut untuk berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Nak tarbiahkan orang, kamu suami isteri pun sama sahaja. Ingat lebam dekat dahi guarantee syurga ke? Tolonglah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.