Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Ingat Apa Yang Kamu Semua Pernah Katakan Pada Aku?” – Sarah Hildebrand Sindir Peminat Setia Neelofa, Nyahaktif Akaun Instagram

Sarah Hildebrand

Pelakon Sarah Hildebrand semalam ada memuat naik status kontroversi mengenai isu Neelofa di mana dia seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada peminat setia personaliti terkenal itu yang pernah mengecam perubahan penampilannya sebelum ini.

Sarah HildebrandSumber : Google  

Sarah,30, telah menulis sebuah status khas ditujukan buat peminat fanatik usahawan terkenal itu yang katanya, pernah menyamakan Neelofa dengan keperibadian isteri Nabu Muhammad S.A.W, Siti Khadijah.

Advertisement
Sarah neelofaSumber : Astro Gempak  

“Sekarang apa? Apa yang kamu boleh katakan pada diri kamu (peminat fanatik Neelofa)? Ingat lagi tak apa yang pernah kamu katakan kepada aku dulu? Kamu membandingkan dia (Neelofa) dengan isteri Rasullulah S.A.W., Khadijah, wanita yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun di atas muka bumi ini. Berfikirlah dan berhenti menjadi kelakar. Ini bukannya sarkas.”

Manakala di satu hantaran berbeza Sarah turut meletakkan gambarnya bersebelahan dengan foto Neelofa sambil menunjuukan emoji jari tengah di Instagram Storynya.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial pelakon Pujaan Hati Kanda itu memberi reaksi yang pelbagai dan beranggapan Sarah sepatutnya tidak mengambil kisah dengan sikap netizen yang suka bercakap dan mengkritik.

Komen IGSumber : Astro Gempak  

Namun, setelah beberapa ketika, Sarah dilihat telah menyahaktifkan akaun media sosial Instagramnya itu.

Terdahulu, kisah Sarah dan Neelofa ini mula tercetus apabila dia tampil mengkritik pengacara MeleTOP itu yang mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah kelab malam di ibu kota sekitar tahun 2018 yang lalu.

Sarah HildebrandSumber : Google  

Kemudiannya, peminat mula membanding-bandingkan kedua-dua personaliti ini apabila Sarah mengambil keputusan untuk kembali membuka tudung manakala Neelofa pula berhijrah dengan berhijab dan berniqab.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. masar

    April 10, 2021 at 8:06 am

    artis2 ni xpyh lh nk agung2 kn sgtttt..bkn depa bg makan kt kita..kt yg duk support bisnes depa sampai kaya raya..baik kita agung2 kn nabi2 kita lg la dpt pahala..agung2kn artis kita dapat apa???duk gaduh sana sini duk banding2 org itu dgn org ni..xdak kerja kah..baik la kt tumpu benda2 yg faedah..setiap org ada ujian masing2..artis pn manusia jgk.makan nasik mcm kita jgk..depa xdak aih nk makan spegethi hari2..

  2. Anonymous

    April 8, 2021 at 5:40 pm

    Lopak dibandingkan dgn isteri Rasullulah … Aduh ….. Lopak tu mengunakan agama untuk kepentingan sendiri …

    Selipar muslim diperbuat drp kulit syaitan

  3. Anonymous

    April 8, 2021 at 5:30 pm

    Padan muka hang…..PENDAKWAH pon taroh hang cukop – cukop…..

  4. tecit

    April 8, 2021 at 4:21 pm

    faham pasaan die. she just want to say neelofa yg korg agung2kn sangat tu bukan peduli pon kt korang. dah la pulak die dibandingkan dgn lopak. mane laa kawan tu xmarah. kesian sarah. netijen ni memang. double faced double standard. lopak buat xpe. eh meluat aih

  5. Tahi ko

    April 8, 2021 at 2:48 pm

    Sejak kawen ni mcm mental ko terganggu btol Nyah. Dlu miskin2 blh skandal dgn vvip dapat la 4,5k sebulan, skrg dh kawen xleh curang, tambah BEBAN TANGGUNG LAKI PULAK TU, income NEGATIVE 400 , hari2 la royan HAHAH sian ye kadang2

    • Derrr PurleSs

      April 9, 2021 at 8:31 am

      Ye ke dulu pompuan ni belaan aiyokk kasihan ko nonok dahla kuat royan tu la Hati kasi cuci ni royan sana sini org sebelah sana makin kaya ko ater makin hati berkati-kati

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top