Pelakon Sarah Hildebrand semalam ada memuat naik status kontroversi mengenai isu Neelofa di mana dia seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada peminat setia personaliti terkenal itu yang pernah mengecam perubahan penampilannya sebelum ini.
Sarah,30, telah menulis sebuah status khas ditujukan buat peminat fanatik usahawan terkenal itu yang katanya, pernah menyamakan Neelofa dengan keperibadian isteri Nabu Muhammad S.A.W, Siti Khadijah.
“Sekarang apa? Apa yang kamu boleh katakan pada diri kamu (peminat fanatik Neelofa)? Ingat lagi tak apa yang pernah kamu katakan kepada aku dulu? Kamu membandingkan dia (Neelofa) dengan isteri Rasullulah S.A.W., Khadijah, wanita yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun di atas muka bumi ini. Berfikirlah dan berhenti menjadi kelakar. Ini bukannya sarkas.”
Manakala di satu hantaran berbeza Sarah turut meletakkan gambarnya bersebelahan dengan foto Neelofa sambil menunjuukan emoji jari tengah di Instagram Storynya.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial pelakon Pujaan Hati Kanda itu memberi reaksi yang pelbagai dan beranggapan Sarah sepatutnya tidak mengambil kisah dengan sikap netizen yang suka bercakap dan mengkritik.
Namun, setelah beberapa ketika, Sarah dilihat telah menyahaktifkan akaun media sosial Instagramnya itu.
Terdahulu, kisah Sarah dan Neelofa ini mula tercetus apabila dia tampil mengkritik pengacara MeleTOP itu yang mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah kelab malam di ibu kota sekitar tahun 2018 yang lalu.
Kemudiannya, peminat mula membanding-bandingkan kedua-dua personaliti ini apabila Sarah mengambil keputusan untuk kembali membuka tudung manakala Neelofa pula berhijrah dengan berhijab dan berniqab.