Untuk pengetahuan ramai, pelakon Aaron Aziz ketika ini sedang menjalani latihan untuk wataknya di dalam filem terbaru berjudul Original Gangster.
Susulan itu, Aaron sering berkongsikan sesi pengambaran filem yang dikatakan filem aksi termahal di bawah arahan Syamsul Yusof.
Bagaimanapun, baru-baru ini, pelakon terbabit telah memuat naik satu hantaran yang menarik perhatian apabila dia menunjukkan lehernya penuh dengan tatu palsu untuk menjayakan watak.
Hal yang menarik perhatian netizen untuk meninggalkan respon apabila tatu palsu dileher Aaron kelihatan seperti tanda salib dan ramai yang menegurnya untuk tidak mengguna bentuk terbabit.
Itu bukan salib, itu dagger. Korang ingat aku ni kafir ke apa? Pisau! Bukak minda sikit.
Bagi menjawab dakwaan ramai, Aaron memperjelaskan di laman TikTok bahawa tatu palsu yang digunakan itu bukanlah bentuk salib seperti didakwa kebanyakkan netizen.
Bahkan, Aaron juga meminta agar warganet untuk membuka minda akan mengetahui dahulu sesuatu bentuk sebelum membuat sebarang andaian.
Hantaran video berkenaan telah meraih lebih 60,000 tanda suka dan hampir 1 juta tontonan daripada para pengguna platform media sosial berkenaan.