Remuk hati seorang isteri apabila mendapati suami yang disayangi dan sudah mendirikan rumah tangga bersama 10 bulan rupa-rupanya adalah seorang wanita.
Melalui laporan DetikNews, wanita terbabit tidak menyangka sepanjang perkahwinan mereka si suami adalah seorang ‘perempuan’.
Difahamkan juga, dia telah mengenali si ‘suami’ melalui satu aplikasi janji temu dan mengakui penampilannya sememangnya seperti lelaki sejati.
Setelah mengenali satu sama lain untuk beberapa waktu, ‘lelaki’ terbabit mengajaknya untuk berkahwin dan mereka telahpun mendapat restu ibu bapa.
Selepas mendirikan rumah tangga, wanita itu mengakui tidak pernah melihat ‘alat kelamin’ suaminya dan si dia turut berkata hormonnya berlainan hingga ada benjolan di bahagian dada yang sebenarnya adalah payudara.
Namun, segala perkara terbongkar selepas ibu kepada wanita yang dianggap sebagai ‘lelaki’ itu memaksa dia untuk mendedahkan hal sebenar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.