September 19th, 2009

faizal tahir

Kami akui seminggu sebelum raya nie banyak berita-berita, gosip-gosip dan info-info terkini tentang dunia hiburan Malaysia yang kami tak tulis. Maklumlah hari raya dah makin dekat. Mood bergosip berkurang tapi mood raya yang makin bertambah. Lagipun malam-malam pening kepala fikir berapa ringgit nak bagi duit raya kat anak-anak buah. Maklumlah 1st time kena bagi duit raya.

Tapi jangan risau buat anda yang sentiasa dahagakan berita-berita terkini daripada kami tentang dunia hiburan Malaysia nie. Kami dah buat rumusan beberapa cerita penting yang berlaku seminggu sebelum raya nie. At least dapat gak la tau apa yang tengah terjadi sekarang nie.

Sebelum korang baca rumusan kami tue, masih belum terlambat untuk daftarkan diri anda untuk Xpax Blackberry Curve 8520 sebab lepas raya nanti rate harga akan dikeluarkan oleh Xpax. So dengan mendaftar korang boleh jadi mereka-mereka yang terawal tau tentang harga Xpax BB nie.

Jom baca apa yang terjadi dalam dunia hiburan Malaysia sekarang ni:

1. Faizal Tahir kena buat pembedahan lutut. Jatuh akibat main futsal kat One Utama. Lutut injured. Balik terus rehat untuk cuti raya. Rakaman album baru akan diteruskan macam biasa. Tektik nak balik cuti awal ke nie?

2. Amy Search dah dapat anak lelaki baru. Anak ke 5 tue beb. Memang bagus betul si Amy nie. Nama anak dia agak unik skit iaitu Qaqa At-Tameemi. Nanti kalau ada gambar ngan info maksud nama anak Amy Search kitorang akan update.

3. Ashraff Sinclair tak kena “sweep” ngan orang Indonesia walaupun dia duduk kat sana sekarang nie. Mungkin sebab cara dia cakap pun dah 100% Indonesia kot. Bagus lah selamat. Kang menjanda lak BCL tue kalau si Ashraff sebelum raya kena cucuk ngan buluh runcing. Hehehe.

4. Ayah Diddy AF4 telah pun meninggal dunia minggu lalu. Sekalung takziah dan marilah kita menghadiah Al-Fatihah buat arwah ayah Diddy. Semoga Diddy dan sekeluarga tabah menghadapi hari Raya tanpa arwah di sisi.

5. Episod pertama Project Alpha dah pun ditayangkan. Untuk minggu pertama nie, Audrey  fourfeetnine akan ditayangkan sepanjang minggu. Pandai jugak si Audrey nie berlakon. Tapi yang paling best ialah self-defense pakwe Audrey, Tim bila digelar “playboy” oleh Audrey. Nak tau leh layan video kat bawah:-


Comments are closed.

Loading...