[Info] Teknik Baru Penyeludupan Dadah (Gambar)

Trending

[Info] Teknik Baru Penyeludupan Dadah (Gambar)

Masalah dadah bukan lah satu masalah yang asing lagi bagi kita di Malaysia. Malah masalah ini boleh dikatakan dibelenggu oleh banyak negara-negara asing juga. Kawalan yang ketat banyak dikenakan di sempadan-sempadan negara bagi memastikan tiada penyeludupan dadah berlaku. Pelbagai kaedah yang telah digunakan oleh pengedar-pengedar bagi memastikan dadah mereka tidak tersangkut ketika proses penyeludupan.

Advertisement

Ada yang menggunakan manusia sendiri sebagai transportasi, dan ada juga yang cuba mengubah suai kenderaan bagi memastikan pihak berkuasa tidak dapat mengesan dadah yang di bawa. Tetapi kebanyakannya menemui jalan yang gagal. Namun kebelakangan ini satu kaedah baru yang digunakan untuk menyeludup dadah telah berjaya di kesan.

Kaedah yang admin maksudkan itu adalah dengan menggunakan burung merpati. Tidak dinafikan bahawa burung merpati adalah merupakan salah satu kaedah untuk menghantar mesej yang telah lama dipakai ketika dahulu kala. Namun kes penyeludupan dadah menggunakan burung merpati ini adalah yang pertama yang dilaporkan.

Mungkin masalah penyeludupan dadah ini memang sukar untuk dihindarkan pada masa kini, namun apa yang penting admin nak nasihatkan di sini adalah supaya menghindarkan diri sendiri daripada menggunakan dadah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...