Pernahkah anda dengar akan perkataan “Date Rape Drug” sebelum ini? Date Rape Drug ini adalah merupakan dadah yang diletakkan di dalam minuman bagi melalikan orang yang mengenakan minuman itu. Kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada kaum wanita dan merupakan mangsa rogol setelah terperangkap dengan dadah itu.
Bagi mengelakkan kejadian sebegini melular, 3 orang pelajar sekolah tinggi di Florida, Amerika Syarikat telah berjaya menghasilkan sebuah straw yang dapat mengesan akan minuman yang bercampur dengan dadah ini. Mungkin kejadian seperti ini masih tidak melular di Malaysia, namun info di bawah ini mungkin boleh menjadi satu info yang berguna kepada kaum hawa di luar sana.
Seperti yang dapat dilihat di dalam video di atas, hujung straw akan bertukar menjadi kebiruan jika dicelupkan ke dalam minuman yang dicampuri dadah itu. Straw ini masih lagi di dalam proses permohonan untuk mendapatkan paten (patern).
Namun apa yang penting bagi kaum wanita di luar sana adalah untuk pandai menjaga diri sendiri. Jangan suka-suka hati minum minuman yang ditawarkan oleh mereka yang tidak di kenali. Jangan tinggalkan minuman anda tanpa pengawasan diri sendiri atau rakan sekeliling. Membanteras itu kan lebih baik dari mengubati bak kata orang dulu-dulu kan…