Kat sini nak kongsi info dengan semua mengenai skaf yang menarik. Trend pakai skaf ni tak de la banyak kat Malaysia, tapi lepas baca info kat bawah ni mesti ramai yang tertarik.
Jom tengok apa yang menarik sangat tu…..
Skaf yang dicipta oleh “ISHU” ini telah mendapat banyak perhatian terutamanya selebriti-selebriti di Hollywood utk mengatasi masalah paparazi. Rupa pada gambar yang diambil akan menjadi gelap dan hanya bahagian putih pada skaf sahaja yang akan timbul.
Sejenis kristal khas telah digunakan pada bahagian putih skaf itu supaya cahaya yang dihasilkan dari kamera akan terpantul dengan kuat untuk membuatkan si pemakai skaf nampak hitam di dalam gambar. Dengan kata lain, kalau kamera tak pakai cahaya semasa penangkapan gambar, efek ini tidak akan berkesan.
↓ ↓ Video dari Facebook ↓ ↓
Menarikkan…..Kepada yang berminat, bolehlah tekan gambar di atas untuk terus masuk ke Facebook ISHU bagi mendapatkan info yang lebih lanjut
P/S:Mungkin skaf ni hanya diperlukan oleh artis-artis Malaysia sahaja.