[Info] Memberus Gigi Dalam Masa 10 Saat Sahaja Dengan Pelekap Mulut “Amabrush” (Video)

Teknologi

[Info] Memberus Gigi Dalam Masa 10 Saat Sahaja Dengan Pelekap Mulut “Amabrush” (Video)

Suatu ketika dahulu admin ada konsikan info mengenai kertas berus gigi
keluaran muji bagi mereka yang malas mahupun tiada masa untuk memberus gigi di rumah. Namun kali ini pula satu info menarik mengenai produk pemberusan gigi yang di beri nama Amabrush.

Advertisement

Berus gigi berbentuk pelekap gigi (mouthpiece) ini cuma memerlukan 10 saat sahaja masa untuk menyelesaikan proses pemberusan semua gigi dan anda tidak perlu menggunakan tangan anda untuk menggosok. Amabrush yang ditekapkan pada gigi anda ini akan memberus gigi anda dengan sendiri menggunakan teknologi getaran setelah butang mula di tekan.

Produk ini telah banayk mendapat perhatian ramai kerana jangka masa pendek untuk memberus gigi dan tidak banyak air yang diperlukan. Selain itu penggunanya juga tidak perlu mengotorkan tangan ketika sedang memberus gigi. Berus pada Amabrush ini diperbuat daripada silikon dan dikatakan sangat efektif bagi mengelakkan bakteria.

Produk ini dijual pada harga 79 Euro (RM 400). Berus pada Amabrush ini perlu ditukar bagi setipa 3 hingga 6 bulan dan berus ini di jual pada harga 6 Euro (RM 30) sebiji. Ubat gigi khasnya pula dikata dapat bertahan sehingga sebulan dan dijual pada harga 3 Euro (RM 15).

Kepada sesiapa yang berminat boleh la membuat pembelian di lawan web Amabrush sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...