[Info] Jam Tangan Pintar Pertama Keluaran Louis Vuitton, Tambour Horizon (Video)

Teknologi

[Info] Jam Tangan Pintar Pertama Keluaran Louis Vuitton, Tambour Horizon (Video)

Jam tangan pintar (smart watch) bukan la satu produk yang baru bagi kita yang hidup zaman sekarang ni. Baru-baru pengeluar barangan mewah Louis Vuitton, telah mengeluarkan produk jam tangan pintar pertama mereka yang diberi nama Tambour Horizon.

Advertisement

Tambour Horizon ini telah mengambil konsep reka bentuk dari sebuah jam tangan keluaran mereka sendiri pada tahun 2002 yang diberi nama Tambour. Jam tangan yang digerakkan menggunakan sistem operasi Android Wear 2.0 ini adalah sebesar 42mm dari segi diameter dan mempunyai ketebalan sebanyak 12.5mm.

Bateri jam yang dicas penuh selama 2-3 jam dapat dipakai selama 22 jam. Seperti jam tangan pintar lain, Tambour Horizon dilengkapi dengan aplikasi seperti notifikasi mesej, info cuaca, pedometer dan sebagainya. Setakat ini cuma terdapat 2 jenis reka bentuk iaitu Graphite yang dijual pada harga RM12,000 dan Monogram yang dijual pada harga RM14,800.

Harga yang dijual itu adalah sangat mahal jika dibandingkan dengan harga jam pintar yang berada di pasaran. Namun jika dibandingkan dengan jam tangan analog keluaran Louis Vuitton yang lain, harga Tambour Horizon ini boleh dikatakan murah. Kepada mereka yang ada duit raya lebih tu, boleh la cuba buat pembelian ya…

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...