Hari2 gosok gigi 2/3 kali sehari, tapi gigi kite tetap juga menghadapi masalah kerosakan gigi. Boleh dikatakan masalah sebegini dialami oleh ramai di antara kite. Utk menghindar masalah sebegni, pelbagai berus gigi berteknologi tinggi byk di jual dipasaran.
Hakikatnya kite dapat menghindarkan masalah kerosakan gigi ini dengan menggunakan berus gigi yang murah sahaja. Apa yang pentingnya ialah cara dan teknik yang betul. Di bawah ini saya ingin berkongsi tips2 yang diberikan para doktor mengenai teknik utk menghindarkan kerosakan gigi.
5 KAEDAH/TEKNIK UTK MENGHINDARI KEROSAKAN GIGI
1. Menukar berus gigi yang telah dipakai sebulan sekali.
Bergantung kepada ketahanan dan kekerapan penggunaan berus gigi, secaran amnya berus pada berus gigi akan kehilangan fungsinya setelah digunakan selama satu bulan.
2. Memberus gigi sebelum tidur.
Bakteria dia dalam mulut akan merebak dengan lebih pantas terutama ketika kita sedang tidur. Kepada mereka yang menggosok gigi hanya satu kali sehari sahaja, disarankan untuk menggosok gigi sebelum tidur.
3. Gunakan benang gigi (Dental Floss).
Penggunaan benang gigi ini adalah sangat berkesan terutamanya pada bahagian gigi yang susah dicapai ketika memberus gigi. Doktor2 gigi pon guna, takkan la anda tak guna kot.
4. Kurangkan makanan bergula.
Benda paling asas di dalam menjaga gigi dari rosak. Bakteria akan menggunakan gula dan menukarkannya menjadi asid utk mencairkan bahagian gigi. Kalau boleh, elakkan makanan bergula yang senang melekat pada bahagian gigi seperti coklat, karamel ataupon kek.
5. Elakkan daripada mendapat bakteria dari orang dewasa sehingga umur 3 tahun
Kalau boleh kanak2 yang masih kecil tu, cuba elakkan dari menggunakan benda2 yang dipakai orang dewasa seperti sudu mahupun gelas. Kanak yang kecil ini kebanyakannya tiada/kurang bakteria didalam mulutnya. Jadi kalau boleh kite elakkan la dari jangkitkan bakteria kepada si kecil
P/S: Pernah dengar yang doktor cakap bakteria di dalam mulut selepas bangun tidur tu lebih banyak dari bakteria yang terdapat di lubang punggung manusia. Kalau la betul cam tu, tak dapat bayang suami isteri yang cium sesama mereka selepas bangun tidur…..Uwekkkkk….