[Info] Busur Silang Pencungkil Gigi Yang Diharamkan Di China (Video)

Trending

[Info] Busur Silang Pencungkil Gigi Yang Diharamkan Di China (Video)

Di dalam keadaan ramai yang sedang gila dengan fidget spinner ketika ini, di tanah besar China digemparkan dengan sebuah permainan yang berbahaya keluaran mereka. Permainan yang dimaksudkan itu adalah busur silang (crossbow) pencungkil gigi. Permainan ini hangat di kalangan kanak-kanak di sana sehingga menyebabkan kerajaan di sana terpaksa mengharamkan penjualannya kerana bimbang akan keselamatan si pengguna dan orang sekeliling.

Advertisement

Permainan ini menjadi sangat popular di sana seketika kerana ianya dapat dibeli dengan harga serendah 1.48 usd (RM6.50). Walaupun tiada kes buruk yang dilaporkan, namun kerajaan China terpaksa mengharamkan jualan ini serta merta kerana terdapat aduan daripada ibu bapa yang bimbang akan keselamatan anak mereka.

Seperti dapat di lihat di dalam video atas, panah pencungkil gigi yang dilepaskan menggunakan busar itu dapat menembusi objek yang menjadi sasaran. Admin berharap agar kerajaan Malaysia dapat memantau jualan permaianan yang berada di pasaran agar agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...