“Info Apa Mak Aku Dapat Ni” – Sotong ‘Frozen’ Disamakan Dengan Dubur B*bi, Netizen ‘Tepuk Dahi’ Baca

Kehidupan

“Info Apa Mak Aku Dapat Ni” – Sotong ‘Frozen’ Disamakan Dengan Dubur B*bi, Netizen ‘Tepuk Dahi’ Baca

Berita palsu sememangnya sering kali didengari oleh masyarakat, malah pada zaman ini lagi mudah untuk didapati dengan adanya platform mesej seperti WhatsApp.

Selalunya berita palsu ini sering berlaku di kalangan warga tua seperti ibu bapa, dimana rakan-rakan mereka kadang tidak fikir dahulu logik akal konten mesej tersebut sebelum share kepada kenalan mereka.

Advertisement

Seperti yang sedang tular di Twitter sekarang ini, seorang gadis memuat naik sebuah ciapan berserta tangkap layar mesej palsu yang diterima oleh ibunya dari kenalan terdekat.

Difahamkan melalui ciapan itu, kandungan mesej tersebut meminta agar orang ramai untuk berhati-hati apabila membeli sotong frozen kerana kemungkinan besar ia merupakan dubur khinzir.

Biarpun sudah terang-terang ia merupakan info palsu, masih tetap ada segelintir individu yang menyokong mesej tersebut.

sotong frozen disamakan dengan dubur babi

Bagaimanapun, apabila meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen ‘tepuk dahi’ kerana banyak golongan warga tua yang mempercayai mesej terbabit dan turut berkongsikan ibu bapa mereka juga mendapat mesej yang sama.

sotong frozen disamakan dengan dubur babi

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

sambal nyet
2 years ago

(VIDEO) "Tak Pernah Aku 'Imagine'.." - Khairul Aming Dedah Jualan 'Sambal Nyet' Cecah RM7.5 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...