Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaklumkan dia hanya melanjutkan tarikh jualan syarikat TikTok selama 75 hari lagi jika ia mahu terus kekal beroperasi.
Dengan masa depan yang masih kabur itu, Meta telah mengambil kesempatan dengan menawarkan ganjaran lumayan kepada pengguna TikTok.
Menurut Amanz menerusi portal The Information, Instagram bakal menawarkan bayaran antara $10K hingga $50K (~RM 44K hingga RM224K) sebulan kepada pempengaruh TikTok untuk memuat naik video secara eksklusif di Reels.
Walaupun ramai yang beralih ke Xiaohongshu minggu lalu, platform tersebut masih belum membenarkan pempengaruh dari Amerika untuk menjana pendapatan seperti TikTok.
Pemberian bayaran kepada pempengaruh dan selebriti untuk menggunakan platform tertentu bukanlah perkara baharu.
Twitch, Spotify, Vine, dan YouTube juga pernah melabur ratusan juta dolar untuk ‘memancing’ selebriti tertentu agar menghasilkan kandungan eksklusif di platform mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.